Perak Hari Ini

Iktibar kekalahan PRU 12

Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yakin kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 12 memberi banyak pengajaran kepada ahli-ahli BN Perak.

Justeru katanya, isu tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih akan ditangani selepas ini.

“Isu tidak setuju dengan calon akan timbul setiap kali pilihan raya, tetapi PRU ke-12 beri pengajaran kepada ahli BN di Perak, dan saya yakin mereka tidak akan memperjudi nasib dengan menyokong calon parti lain.

“Kita harus mengambil iktibar PRU 12 dan pilih calon yang boleh diterima rakyat, sepertimana ditekankan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya kepada media selepas ucaptama perasmian Konvensyen Barisan Nasional Perak 2011, di Marina Island, dekat sini, semalam.

Dari segi pemilihan calon, katanya, dua kriteria utama perlu diberi penekanan sepertimana digariskan PM selaku Pengerusi BN Malaysia.

“Calon-calon mestilah yang disukai ramai dan calon yang boleh menang.

“Dua ciri ini akan diberi perhatian bagi memastikan kejayaan BN dalam PRU nanti,” katanya.

Beliau turut menyifatkan konvensyen yang pertama kali diadakan di Perak sebagai satu sejarah kepada BN Perak dan matlamat mengumpulkan ahli-ahli dari seluruh negeri dapat dicapai.

“Ia turut dihadiri tokoh-tokoh lama BN dan berjaya mengumpul ahli-ahli untuk sama-sama mendengar ucapan, pesanan serta amanat mereka.

“Melalui konvensyen ini ahli-ahli dapat mendengar perkara penting yang harus dilakukan bukan hanya untuk pilihan raya, bahkan untuk memperkukuhkan BN Perak termasuk beberapa langkah yang saya gariskan melalui langkah 4A yang saya perkenalkan,” katanya.

Semua perkara ini, katanya adalah perkara penting untuk diadaptasi kerana ia telah mencorakkan satu landskap politik baru yang cukup berbeza berbanding dahulu.

Mengambil contoh kejadian di Mesir, Zambry berkata, perkara itu ditekan dan diingatkan PM kepada semua ahli BN seluruh dunia.

“Revolusi baru telah melanda Mesir, dengan hanya menggunakan satu medium dikenali facebook, ia telah memberi satu kesan hebat kepada Mesir dan juga seluruh dunia.

“Kita perlu sesuaikan diri dengan revolusi sebegini dan BN tidak boleh menjadi sebuah parti yang statik, perlu buat perubahan sepertimana telah disebutkan tokoh-tokoh lama BN sepanjang konvensyen ini,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya langkah perubahan sebagai persediaan dengan menggunakan pendekatan prinsip peperangan termasuk mengenali musuh sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Pemimpin BN perlu laksanakan dasar kesamarataan dan adil kepada semua kaum. Inilah perubahan yang perlu ada angan takut apa orang lain cakap. Yang penting terangkan kepada rakyat. Rahsia kejayaan pemimpin BN terdahulu kerana bersemangat tinggi dan miliki sifat ingin berkorban serta berdisplin. ”

Bekas Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Lim Keng Yaik

Untuk pastikan kemenangan di pihak kita, perlu dilaksanakan iaitu “Adapt” (sesuai), “Accept” (terima), “Avoid” (elak) dan “Alter” (ubah). Kita harus terima realiti bahawa situasi
dan landskap politik hari ini sudah berubah. Kita kena terima kelemahan kita dan betulkan mana yang perlu.”

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Buang sikap suka mensabotaj rakan yang menjadi calon. Jangan tidak suka seseorang kerana dia bukan calon pilihan, tutup bilik gerakan, pergi makan angin dan tidak mahu bekerja. Ini boleh menyebabkan parti kalah dalam pilihan raya. BN Perak perlu tanam satu visi iaitu menangi PRU-13 bagi mengekalkan kuasa di Perak.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");