Perak Hari Ini

Jangan politikkan bantuan hantar pelajar Perak pulang ke Mesir

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta penghantaran pulang pelajar Perak ke Mesir tidak dipolitikkan kerana ia tidak memberi sebarang manfaat.

“Kerajaan negeri melakukan urusan penghantaran itu dengan menyediakan bantuan bagi meringankan beban ibubapa pelajar selain memastikan kesemua mereka dapat menyambung pengajian di universiti masing-masing sebaik kembali ke Mesir.

“Dalam keadaan ibubapa yang mengalami kesusahan untuk menghantar anak-anak mereka pulang, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri bagi membantu mereka.

“Biarlah mereka (pembangkang) mahu politikkan usaha dan bantuan kerajaan ini kerana itu semua tidak mendatangkan manfaat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM1.5 juta bagi menanggung kos tiket penerbangan pulang bagi 696 pelajar selain memberi wang saku sebanyak RM500 kepada setiap pelajar menerusi Majlis Agama Islam Perak.

“Kita bercadang menyewa sebuah pesawat bagi penghantaran pulang pelajar berkenaan, selain ada mencadangkan kerajaan negeri supaya menanggung kos tiket penerbangan sebanyak RM2,000 seorang.

“Sewaan pesawat mungkin kaedah terbaik bagi menghantar kesemua pelajar, bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan semasa perkhidmatan penerbangan yang disediakan,” katanya.

Zambry berkata, proses penghantaran mereka akan dilakukan secara sistematik dengan kerjasama persatuan pelajar termasuk menyediakan pegawai terlatih bagi melancarkan urusan itu.

SUMBER : PERAK BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");