Perak Hari Ini

Kakitangan Kerajaan di Perak banyak yang mesra pembangkang

Sejak akhir-akhir ini beberapa kali pihak parti politik terutamanya pakatan rakyat dilihat mengadakan pertemuan di pejabat SPRM Perak dilihat seolah-olah seperti ada udang disebalik batu.

Tambahan pula apabila dalam masa yang sama beberapa aduan tentang penyelewangan oleh Fauzi Muda bekas pemimpin pakatan rakyat belum pun diambil tindakan oleh mereka. Apakah motif perjumpaan mereka. Adakah kehadiran mereka untuk menggugurkan beberapa aduan tentang kes mereka.

Jika dilihat kes Teo Beng Hock SPRM dianggap ‘Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia’ oleh Pakatan Rakyat sedangkan di Perak SPRM lebih dilihat mesra pembangkang.

Pakatan rakyat Perak juga mengaku mereka memang sudah mesra dengan SPRM dan jabatan kerajaan yang lain bagi membuat persediaan untuk memerintah Malaysia. Memang ada betulnya jika kita lihat sikap kakitangan kerajaan melaksanakan kerja sambil lewa terutamanya dalam melaksanakan pembinaan projek luar bandar yang akhirnya Adun dipersalahkan 100% malah ada yang menuduh Adun mengambil untung daripada projek tersebut.

Dalam projek jambatan kayu di atas telah dilaksanakan oleh pihak pejabat daerah tanpa pengetahuan Adun dan diakhirnya Adun sendiri yang menerima beban. Pembangkang terus menuding jari terhadap Adun kawasan itu.

Sudah sampai masanya pihak yang lebih berkuasa perlu melihat perkara ini secara lebih mendalam agar kredibiliti kakitangan kerajaan tidak dipersendakan oleh orang awam.

Dewan Pemuda Pas Perak mengakui sendiri dalam blog mereka bahawa mereka memang sentiasa mengadakan pertemuan dengan pihak SPRM dan semasa pertemuan itu juga SPRM tidak segan-segan mendedahkan siasatan terhadap pemimpin Barisan Nasional. Apakah ketelusan yang diamalkan oleh SPRM Perak berpihak kepada pembangkang?. Sila lihat pengakuan yang diambil dari blog Dewan pemuda Pas seperti dibawah :

Kenyataan di atas dilihat sebenarnya pemuda Pas Perak sudah tahu segala-galanya dari pengarah SPRM Perak iaitu Noraziah kenapa pemuda Pas sendiri tidak mendedahkannya . Mungkin kerana ini mungkin boleh digunakan sebagai isu bagi membohongi rakyat kononya BN Perak memang melakukan rasuah yang cukup besar.

Inilah permainan pakatan rakyat Perak yang sentiasa mencari kesalahan pemimpin BN daripada memfokuskan kepada kebajikan rakyat Perak. Penyelewengan mereka semasa pemerintahan mereka selama 11 bulan juga tidak disiasat oleh SPRM walaupun telah didedahkan oleh bekas pemimpin Pakatan Rakyat Fauzi Muda. Mereka juga sentiasa bebaik dengan kakitangan kerajaan dan seterusnya menghasut kakitangan kerajaan menentang kerajaan.

Sumber : pengundisetiasungairapat.blogspot.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");