Perak Hari Ini

Kelab Sukan Lasak DUN Kubu Gajah ditubuhkan untuk kembang sukan lasak di luar bandar

Kelab Sukan Lasak DUN Kubu Gajah akan ditubuhkan bagi mengembangkan lagi sukan itu di kalangan penduduk luar bandar.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata litar yang digunakan untuk pertandingan Cubcross bagi menggalakkan para remaja menyertainya juga akan diwujudkan di Felda Ijok.

Katanya, satu lagi perlumbaan Cubcross Road to Kubu Gajah juga akan dijadikan sebagai acara terbuka dan tertutup peringkat Felda Ijok penghujung tahun ini.

Terdahulu,  Raja Ahmad Zainuddin menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan 4X4 Road to Kubu Gajah Challenge Trophy di Felda Ijok, petang semalam yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.

Beliau juga berharap agar program tersebut dijadikan satu-satunya kalendar perlumbaan dalam tanah rancangan Felda dengan memperkenalkan Felda Ijok sebagai lokasi perlumbaan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan perlumbaan buat kali kedua ini selepas pertama kali ia dianjurkan tahun lalu,” katanya lagi.

Buat pertama kali,  perlumbaan kategori terbuka Cubcross, tempat pertama dimenangi Mohd Redzuwan Mohd Salleh, Mohd Fifi Ramli di tempat kedua manakala Mohd Nainey Jaafar pula menggondol tempat ketiga.

Manakala Anugerah Pelumba Terbaik Peserta Belia Felda dibolot oleh Nazme Ariff.

Bagi keputusan perlumbaan MEDIUM CORE 4×4, johan dimenangi oleh peserta Kedah, Saiful manakala tempat kedua jatuh kepada Idrus juga dari Kedah manakala pelumba Selangor, Zainal meraih tempat ketiga.

Bagi keputusan perlumbaan kategori HARD CORE 4×4, johan dimenangi Tan Eng Joo, kedua Vincent dan tempat ketiga pula disandang Lim Kok Hean.

Hadir sama, Pengurus Felda, Ijok; Aziz bin Mohd Isa dan Penasihat Teknikal, Mejar Zawawi Ahmad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");