Perak Hari Ini

Kerajaan Perak komited dalam menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli

Kerajaan negeri serius menangani masalah Orang Asli di Perak menerusi pelbagai pendekatan termasuk mewartakan perkampungan mereka sebagai tanah rizab.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata setakat ini, sejumlah 28 perkampungan bakal diwartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli.

Beliau berkata, perancangan mewartakan perkampungan Orang Asli itu akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan permohonan yang dibuat kepada jabatan atau agensi berkaitan dan projek itu turut membantu membangunkan kawasan perkampungan itu.

“Terdapat sebanyak 256 perkampungan Orang Asli di Perak dan 28 daripadanya tersenarai untuk diwartakan sebagai kawasan tanah rizab. Ia bukan bermakna perkampungan lain dipinggirkan, sebaliknya kita masih akan melakukan proses itu secara berterusan,” katanya.

Katanya, Perak antara negeri yang mempunyai program komprehensif untuk menangani masalah berkaitan hal ehwal masyarakat Orang Asli termasuk mengadakan program berterusan seperti seminar dan lawatan bagi meningkatkan pengetahuan di kalangan mereka.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur jika berlaku sebarang pencerobohan kawasan Orang Asli dan akan mengenakan tindakan tegas jika itu berlaku.

Sumber : Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");