Perak Hari Ini

Kerajaan Perak labur RM 4.32 juta untuk naiktaraf bas awam

Kerajaan Perak telah memperuntukkan lebih RM 4.32 juta kepada sebuah syarikat pengangkutan di Manjung bagi tujuan menaiktaraf perkhidmatan bas awam di kawasan itu.

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam & Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon memberitahu langkah itu diambil selaras dengan hasrat kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, di peringkat awal kerajaan negeri akan memberi tempoh perkhidmatan bas terbabit kepada syarikat berkenaan selama 5 tahun iaitu peruntukkan sebanyak RM 72,000 setiap bulan.

“Bermula bulan hadapan syarikat ini akan dapat mula member perkhidmatan bas di kawasan Manjung dan kita harap ia sekaligus dapat memberi keselesaan kepada rakyat Perak yang menggunakan perkhidmatan terbabit.

“Keselesaan rakyat menjadi faktor utama langkah ini diambil dimana syarikat terbabit akan menyediakan perkhidmatan bas yang lebih besar dan efisien selain lengkap dengan penghawa dingin.

Katanya, apa yang menjadi kepentingan kerajaan negeri adalah kualiti sistem pengangkutan awam yang dinaiktaraf dari semasa ke semasa dalam usaha memberi keselesaan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kita akan lihat dulu sejauhmana perkhidmatan bas ini berjaya dilaksanakan dan sambutan yang diberikan kepada oleh rakyat.

Tambahnya, kerajaan negeri akan memantau perkhidmatan yang syarikat terbabit berikan dan dalam pada masa yang sama akan mencari ruang untuk mengaplikasikan langkah yang sama di daerah lain.

Setakat ini katanya, tiga lagi kawasan yang dikenalpasti untuk meningkatkan perkhidmatan bas awam di sekitar negeri Perak.

“Sekiranya langkah tersebut berjalan lancar… selepas ini kita akan melakukan perkara yang sama di kawasan-kawasan seperti di daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian dan Kuala Kangsar.

“Harap dengan initiatif yang diambil ia dapat meningkatkan bekalan bas awam kepada rakyat.” katanya kepada pemberita petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");