Perak Hari Ini

Kerajaan tetap sasar pencapaian ekonomi 6 peratus

Kerajaan tetap menyasarkan pencapaian ekonomi negara kepada enam peratus tahun ini walaupun negara Timur Tengah mengalami krisis, kata Menteri Kewangan Kedua,

Beliau berkata, matlamat itu boleh dicapai dengan memastikan pelaburan yang memberi komitmen kepada negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Geopolitik di negara terbabit menjadi faktor penurunan pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) namun, ia tetap menjadi perhatian kerajaan untuk mengawal pertumbuhan ekonomi.

“Libya menutup pengeluaran petroleum menyebabkan permintaan melebihi penawaran sehingga harga minyak dunia meningkat lebih USD100 setiap tong. Ini menjadi perhatian di samping kerajaan melihat pertumbuhan ekonomi perlahan di negara-negara maju,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");