Perak Hari Ini

Komponen BN diminta agresif daftar pengundi

Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta memastikan setiap ahli di peringkat akar umbi didaftarkan sebagai pengundi untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ia sangat penting dalam memastikan BN memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pengundi baru amat penting kerana mereka menjadi penentu kejayaan BN dalam PRU Ke-13.

“Kita akan keluar beramai-ramai mencari pengundi baru terutama generasi muda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk menjadi penyokong kepada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen BN peringkat negeri di Marina Island, Teluk Muroh di sini.

Sebanyak, 2,175 perwakilan dari parti komponen BN menyertai konvensyen sehari yang berakhir petang ini.

Selain itu, Zambry berkata, semangat hormat-menghormati antara satu sama lain juga diperlukan bagi memastikan BN dapat bergerak bersama-sama bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

BN jelas beliau, tidak boleh ambil mudah dengan gerakan yang dibuat oleh pembangkang dalam membuat persiapan bagi menghadapi PRU Ke-13.

Sebaliknya, BN juga jelas beliau, perlu mempunyai strategi dalam usaha mentransformasi dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");