Perak Hari Ini

Konvensyen BN Perak gabung tokoh baru dan lama

Konvensyen Barisan Nasional Pertama Perak menyaksikan gabungan pemimpin parti itu dari peringkat tertinggi ke akar umbi bersatu dalam usaha mengukuhkan jentera meraka dalam menempuh Pilihanraya Umum akan datang.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam ucapannya berkata dengan gabungan lebih pemimpin dari seluruh negeri ia diharap dapat meningkatkan lagi semangat ahli-ahli BN untuk bekerja dengan lebih keras sebagai persediaan menempuh Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak juga percaya dengan semangat juang yang kental selain motivasi yang tinggi dikalangan pemimpin, parti itu akan terus berkembang dengan lebih kukuh dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya percaya Barisan Nasional akan terus berjuang dengan terus yakin untuk bersiap sedia dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

“Daripada konvensyen ini… dengan jumlah yang hadir…kita dapat melihat Barisan Nasional masih kuat dan kukuh untuk memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan tokoh-tokoh parti sejak parti ini ditubuhkan.

“Saya yakin dengan semangat yang begitu kental… dengan kekuatan kepimpinan tertinggi Perak tidak lagi

akan jatuh ke tangan pembangkan dalam pilihanraya akan datang.” Katanya ketika berucap di Konvensyen BN Perak di Lumut pagi tadi.

Tambahnya lagi, berdasarkan jumlah pemimpin BN yang hadir iaitu sebanyak 2175 peserta, ia jelas menunjukkan ahli parti itu masih teguh dan setia untuk menggalas tanggungjawab demi membela nasib rakyat Perak.

Jelas beliau lagi, bukanlah sesuatu yang mudah untuk sesebuah parti yang mempunyai ribuan ahli pelbagai kaum dibawa dalam satu dewan untuk berbincang mengenai hala tuju parti dalam menuju pilihanraya.

Maka katanya, BN adalah satu-satunya parti yang masih mengamalkan perpaduan pelbagai kaum selain mengaplikasikan aspek demokrasi tanpa sebarang konflik seperti yang dialami Pakatan Rakyat sekarang.

“Tidak dapat disangkal lagi… BN adalah satu-satunya parti yang terbaik bukan sahaja kepada rakyat malah kepada Negara.

Katanya, konvensyen tersebut telah melakar sejarah kepada BN Perak apabila ia berjaya membawa tokoh-tokoh pemimpin parti termasuk Tun Dr. Lim Keng Yeik, Dato’ Seri S. Samy Vellu, Dato’ Seri Ong Ka Chuan serta Tan Sri Rafidah Aziz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");