Perak Hari Ini

KPerak dan Les Copaque gabung anjur Karnival ICT bersama Upin & Ipin

KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPERAK) dengan kerjasama syarikat animasi terkenal negara Les’ Copaque Production bakal menganjurkan Karnival ICT bersama Upin dan Ipin di Ipoh.

Karnival yang akan berlangsung pada 3 hingga 6 Jun nanti bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh bakal menyaksikan perlbagai pengisian menarik dimana memfokuskan inisiatif kerajaan dalam menjadikan Perak sebagai hub pembangunan kreatif multimedia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kperak Dr. Ahmad Kamil Mahmood memberitahu carnival berkenaan akan membawa konsep dan pelbagai watak menarik termasuk dari siri animasi Upin-Ipin dan Rakan-rakan.

Mensasarkan kehadiran  200,000 pengunjung  ke karnival tersebut, menurut Ahmad Kamil, usaha tersebut merupakan antara initiatif KPerak dalam mempromosi dan membangunkan industri berasaskan pengetahuan dan teknologi.

“Kita beranggapan dengan populariti karakter-karakter yang ada dalam siri animasi Upin dan Ipin… ia sekaligus akan menarik minat bukan sahaja pengunjung dari negeri Perak malah seluruh negara untuk datang ke karnival ini.

“Sebagai tarikan… perarakan animasi terbesar negara dimana akan melibatkan lebih 200 peserta yang memperagakan kostum berdasarkan watak-watak animasi terkemuka sama ada tempatan  atau antarabangsa akan menjadi penyeri di majlis perasmian karnival ini.

Selain itu katanya, pengunjung juga bakal mengalami pengalaman melalui laluan 3D “inflatable dome” terbesar di dunia selain dapat menyaksikan pameran yang bertemakan teknologi dalam pembangunan kandungan kreatif digital.

Jelas beliau lagi, karnival berkenaan juga menawarkan bidang kerja kepada golongan yang mempunyai minat dan bakat yang tinggi dalam industri berteknologi dan animasi.

Dalam pada itu Pengurus Les Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi memberitahu karnival berkenaan antara usaha syarikat itu untuk mendapatkan nilai tambah kepada perniagaan terbabit.

Katanya, apa yang dimahukan adalah menjadikan Upin dan Ipin sebagai ikon animasi terkenal bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa.

“Bukan semua negara mempunyai ikon animasi sendiri… jadi Malaysia sudah ada… Upin dan Ipin adalah ikon animasi negara yang boleh dibanggakan.

“Apa yang saya mahukan lakukan selepas ini adalah untuk mewujudkan Taman Tema Animasi dengan menonjolkan karakter serta tema yang kita selitkan dalam siri-siri Upin dan Ipin… seperti mana Disneyland lakukan kita juga mahukan perkara yang sama.

“Setakat ini kami masih berada dalam proses perbincangan dengan pihak KPerak untuk mewujudkan taman tema berkenaan… tapi saya rasa tidak perlu hairan sekiranya satu hari nanti taman tema itu akan diwujudkan di sini.

Tambah Burhanuddin, kedudukan Perak yang berada ditengah-tengah merupakan antara faktor terbaik untuk mewujudkan kawasan pelancungan berdasarkan tekonologi animasi.

Ahmad Kamil dan Burhanuddin ditemui selepas mengadakan sidang media mengenai Karnival ICT bersama Upin dan Ipin pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");