Perak Hari Ini

KTMB Timbang Kekalkan Stesen Pondok Tanjung

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menimbang cadangan mengekalkan stesen kereta api Pondok Tanjung sebagai stesen hentian apabila perkhidmatan landasan kereta api berkembar Ipoh ke Butterworth siap.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata perkara itu dimaklumkan Pengerusi KTMB Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

“Saya telah bercakap dengan beliau sebentar tadi mengenai kepentingan stesen ini kepada penduduk kawasan Pondok Tanjung dan sekitarnya. Beliau akan meminta pihak KTMB mengkaji semula perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Bercakap kepada Bernama di sini, Raja Ahmad Zainuddin berkata respons berkenaan akan menjadi berita baik kepada penduduk sekitar Batu Kurau, Kubu Gajah dan Pondok Tanjung yang selama ini menggunakan stesen itu.

“Kereta api adalah satu-satunya pengangkutan awam yang ada di kawasan itu bagi orang ramai melakukan perjalanan ke utara dan selatan,” katanya.

Raja Ahmad Zainuddin sebelum ini meminta KTMB mengekalkan stesen berkenaan selepas mendapati pelan pembinaan laluan kereta api berkembar ke utara tidak lagi memasukkan stesen itu. — BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");