Perak Hari Ini

Kumpulan sasar di Perak disaran sertai skim Khairat

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Othman berkata, hanya kira-kira 100,000 orang sahaja telah menyertai Skim Insurans Khairat Kematian Kerajaan Perak sejak ia dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Beliau berkata, sasaran individu yang layak menerima skim ini iaitu 300,000 peserta masih belum dapat dipenuhi sehingga kini.

“Buat masa ini, kita telah mendaftarkan 100,000 peserta yang layak.

“Justeru, kita meminta semua ketua kampung dan pemimpin setempat supaya mempergiatkan pendaftaran kumpulan sasar yang layak menerimanya kerana dianggarkan terdapat kira-kira 200,000 orang lagi yang layak menyertainya,” katanya.

Hamidah berkata, antara kriteria penerima skim ini ialah pemegang kad orang kurang upaya (OKU), penerima bantuan bulanan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, penyertaan skim ini turut dibuka kepada ketua isirumah Orang Asli, golongan miskin tegar, peserta E-Kasih serta warga emas berusia 55 tahun ke atas.

Sumber : Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");