Perak Hari Ini

Gerbang Malam masih tiada pambaharuan

Salam dan salam mesra pada seluruh rakyat perak dan juga kepada seluruh warga-warga kerja jabatan di Perak. Saya sebenarnya terasa agak terkilan….selepas beberapa tahun Gerbang Malam di buka,masih tiada pambaharuan yang di lakukan oleh pihak PBT.

Gerbang Malam sepertimana yang kita ketahui adalah syurga kepada membeli-belah yang terdapat di negeri Perak, apa saja boleh di dapati di Gerbang Malam. Kasut, baju, beg dan berbagai-bagai lagi barangan boleh di dapati di Gerbang Malam.

Gerbang Malam menjadi salah satu tempat tumpuan rakyat Perak bershopping, malahan pelancong asing juga ada yang membeli di Gerbang Malam. Tetapi Gerbang Malam seperti di anaktirikan, setelah bertahun-tahun wujud Gerbang Malam, tiada sebarang pembaharuan, tiada perubahan, masih di tahap lama.

Saya berharap dapat lah sekiranya pihak-pihak yang berkenaan, PBT, NGO atau pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pengindahan dan pembangunan,jenguk-jenguk lah keadaan di Gerbang Malam.

Di kiri dan kanan jalan utama tertegak megah papan-tanda, “singgah ler, macam-macam ada”.Dengan pembangunan dan pengindahan yang di lakukan diharap dapat meningkatkan taraf ekonomi para peniaga di samping menggamit lebih ramai pengunjung dalam dan luar negeri datang ke Perak.

Di samping itu juga dapat menaikan lagi nama Negeri Perak sebagai salah satu tumpuan destinasi pelancongan pengunjung. Berfikirlah sejenak, kita mencari kebaikan bersama…. Salam hormat.-2011/03/30 at 3:45 pm

anak jati perak
[email protected]

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");