Perak Hari Ini

Mahu kekal di Gunung Cheroh

PARA penduduk setinggan Kampung Gunung Cheroh membuat laporan polis mengenai arahan pindah dari kampung berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Sebanyak 21 keluarga rumah setinggan di Kampung Gunung Cheroh merayu kerajaan negeri supaya membenarkan mereka terus menetap di kawasan yang telah didiami itu sejak tiga generasi lalu.

Seorang penduduk, K. Valliama, 70, berkata, penduduk kampung telah diarah mengosongkan kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu dari sekarang kerana tanah berkenaan telah diberikan kepada syarikat pemaju, Fasa Unggul Sdn. Bhd. untuk pembinaan projek pembangunan.

“Saya telah menetap di situ lebih 40 tahun dan mempunyai 10 orang anak. Apa yang saya mahu hanya tinggal di tempat yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, penduduk telah memohon sekurang-kurangnya lima kali kepada Pejabat Tanah dan Galian negeri sejak 1998 untuk mendapatkan kebenaran mendirikan rumah di situ, namun tiada sebarang maklum balas yang diterima.

Lebih malang katanya, apabila pihak pemaju tidak menawarkan sebarang pampasan untuk proses pemindahan tersebut.

Menurutnya, sebelum ini, 32 keluarga di kawasan tersebut telah dipindahkan ke Buntong dan Taman Loke Lim sewaktu zaman pemerintahan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali serta pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, dia berharap, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya memandangkan rata-rata penduduk berkenaan merupakan golongan miskin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");