Perak Hari Ini

Mangsa Banjir Di Kerian Berkurangan Kepada 251 Orang Hari Ini

Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian berkurangan daripada 289 orang petang semalam kepada 251 orang hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) berkata, mangsa banjir yang masih berada di dua pusat pemindahan adalah dari 11 kampung di daerah terbabit.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah dan SK Alor Pongsu, katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan itu adalah dari Kampung Matang Pasir, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Simpang Lima, Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam dan Kampung Perlis, katanya.

Kawasan terbabit masih ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga satu meter. Banjir melanda kawasan terbabit ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat sejak seminggu lalu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini diminta menghubungi bilik gerakan di talian 05-7213723.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");