Perak Hari Ini

Naqsyabandiah Kampung Menderang sesat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang Sungkai, yang mempunyai kira-kira 100 pengikut kerana ada amalan kumpulan itu menyimpang daripada amalan sebenar Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah.

Lima amalan yang meragukan adalah mengerjakan ibadat haji secara ghaib/ khatam batu, berpegang bahawa semua orang boleh melakukan israk mikraj, mengamalkan amalan bertawassul dengan wali, mandi air zam-zam, air kauthar dan air mahfuz sebagai membuka hijab dan makrifat murid serta mewajibkan mandi taubat dan sujud taubat sebagai syarat menyertai tarekat.

Fatwa yang dikeluarkan jawatankuasa dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dijangka akan diwartakan tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mohd Yusop Husin, berkata fatwa itu kerana ajaran kumpulan berkenaan yang diketuai lelaki diberi gelaran Sheikh berusia 50-an yang juga penduduk tempatan di Sungkai, kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, bertentangan dengan amalan Tarekat Naqsyabandiah yang asal.

“Mereka melakukan amalan yang disandarkan kepada tarekat muktabar iaitu Tarekat Naqsyabandiah tetapi ada amalan tertentu berlawanan dengan tarekat sebenar,” katanya semalam.

Mohd Yusop berkata, ajaran itu jelas bertentangan dengan Islam dan sehubungan itu, umat Islam perlu berhati-hati kerana bimbang terjebak dengan ajaran salah yang menyimpang daripada ajaran Islam.

“Umat Islam mesti menyelidiki dengan rapi kerana dikhuatiri ada amalan yang bertentangan dengan Islam,” katanya.

Sebelum ini Perak mewartakan 14 ajaran atau kumpulan sebagai sesat.

SUMBER: BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");