Perak Hari Ini

Nurul Atikah dan Mohd Ezmir Khusyairi muncul johan pertandingan Hafazan Al-Quran ke-32

Majlis penutup pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perak kali ke-32, yang berlangsung di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), malam tadi  menyaksikan Nurul Atikah Sharudin dan Mohd Ezmir Khusyairi Roslee, dinobatkan sebagai johan hafizah dan hafizan pada tahun ini.

Pada majlis tersebut sembilan hafiz dan tujuh hafizah telah dinobatkan pemenang tempat ketiga hingga pertama dari tiga kategori berasingan.

Kategori yang dipertandingkan adalah kategori juzuk 1 hingga 10, juzuk 1 hingga 20 dan juzuk 1 hingga 30 dengan setiap kategori dibahagikan kepada lelaki dan perempuan.

Dalam pertandingan itu, Nurul Atikah, 24, dinobatkan sebagai johan hafizah bagi katogeri 1-30 juzuk manakala Mohd Ezmir Khusyairi 18, pula muncul johan bagi katogeri hafizan yang menghafaz juzuk 1-20.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan menyampaikan hadiah yang mana setiap johan hafazan menerima wang tunai sehingga lapan ribu ringgit, hadiah iringan, sijil penyertaan dan plak.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim serta exco-exco kanan.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Mac lalu bertujuan melahirkan lebih ramai tahfiz dengan penyertaan seramai 68 orang peserta.

Malah dalam menyokong matlamat tersebut, kerajaan negeri juga mengambil beberapa daya usaha antaranya dengan membuka kelas menghafaz Al-Quran di beberapa buah sekolah terpilih seperti Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Sekolah Izzudin Shah dan Sekolah Agama Kerian.

Di samping itu, kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah institusi pengajian Al-Quran Wal Qiraat dengan menggabungkan dua diploma yang mana ia julung kalinya ditubuhkan di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");