Perak Hari Ini

PAC Perak Syor Jabatan Kerajaan Sewakan Bangunan Terbiar

Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak Rabu meminta jabatan dan agensi kerajaan negeri supaya “menyerahkan” bangunan-bangunan terbiar milik mereka kepada agensi lain atau pertubuhan bukan kerajaan serta persatuan yang memerlukan.

Pengerusinya Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata bangunan-bangunan itu boleh disewa atau dipinjamkan kerana ia boleh menjimatkan kos penyenggaraan yang ditanggung agensi atau jabatan terbabit.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata kos penyenggaraan bangunan terbiar agak tinggi terutama apabila ia turut membabitkan kerja-kerja pembaikan.

“Ada juga bangunan seperti bekas kuarters yang tidak lagi digunakan kini terbiar menjadi sarang penagih dadah serta sarang maksiat…lebih baik bangunan ini disewakan,” katanya.

Beliau berkata PAC akan mendapatkan senarai bangunan-bangunan terbiar dari jabatan dan agensi kerajaan negeri untuk menyemak perbelanjaan yang ditanggung bagi menyenggara atau membaikinya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");