Perak Hari Ini

PAC Perak Terima Aduan Maklumat Tender Bocor

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Perak telah menerima aduan mengenai maklumat yang bocor berhubung tender di beberapa jabatan kerajaan negeri.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, yang menyifatkan perkara itu serius, berkata ia memberikan kesan kepada kerajaan negeri.

Beliau memberitahu Bernama bahawa aduan yang diterima juga melibatkan seorang individu yang memiliki beberapa syarikat dan memperoleh tender melalui satu daripada syarikat itu.

“Kebocoran maklumat tender tidak akan berlaku sekiranya tiada kerjasama antara kontraktor dan kakitangan jabatan terbabit,” kata

Raja Ahmad Zainuddin sambil menjelaskan bahawa PAC akan menyiasat perkara itu.

Beliau juga berkata hanya lima wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung projek terbengkalai dan projek ‘gajah putih’ bernilai RM39.5 juta seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

“Antara projek itu adalah sebuah rumah rehat yang sudah siap tetapi tidak digunakan,” katanya.

Raja Ahmad Zainuddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah, mencadangkan supaya persidangan dewan itu pada April ini disiarkan secara langsung menerusi televisen agar rakyat melihat dan menilai sendiri komitmen dan tugasan yang dilakukan wakil rakyat masing-masing.

Beliau berkata siaran langsung seperti itu akan memberi galakan kepada kesemua 59 Adun mengambil bahagian lebih aktif dalam perbahasan semasa persidangan itu.

“Perkara remeh temeh dan kekacauan yang ditimbulkan oleh Adun seperti yang pernah berlaku sebelum ini boleh dikekang,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");