Berita Hari Ini

Pembukaan Sektor Kewangan Disambut Baik Oleh Bank Eropah

Lebih banyak bank Eropah mungkin datang ke Malaysia dengan liberalisasi sektor kewangan, kata Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah, Karel De Gucht.

Malaysia bertapak kukuh dalam sektor perkhidmatan di peringkat serantau dan perjanjian perdagangan bebas (FTA) EU dengan Malaysia, yang pertama dalam rantau Asean, akan membuka peluang-peluang selanjutnya, termasuk dalam sektor kewangan, katanya.

“Contohnya, HSBC adalah sebuah bank Eropah yang mencatatkan pertumbuhan mengagumkan di sini. Ia juga mewujudkan pekerjaan bagi banyak orang.

“Pembukaan sebahagian daripada sektor perkhidmatan kewangan disambut baik oleh banyak bank Eropah. Ini pastinya akan mencetuskan minat bank-bank Eropah terhadap kegiatan di Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata pelonggaran sekatan pemilikan ekuiti selanjutnya dalam beberapa sektor perkhidmatan akan membuka pintu untuk melabur di Malaysia.

Ini adalah sejajar dengan hasrat EU untuk membuka pasaran bagi sektor barangan dan perkhidmatan, satu daripada faedah yang bakal diraih daripada perjanjian perdagangan.

De Gucht berkata FTA akan ditandatangani akan juga menghantar isyarat meyakinkan kepada pelabur.

“FTA merupakan tambahan kepada sistem perundangan yang terjamin, yang akan menyumbang ke arah mengurangkan kebimbangan terhadap pasaran Eropah, kerana kesan akibat krisis kewangan dan ekonomi telah melemahkan imej ekonomi kami di seluruh dunia,” jelasnya.

Tahun lepas, EU merupakan rakan dagangan Malaysia yang keempat terbesar dengan nilai dagangan berjumlah RM122.9 bilion.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");