Perak Hari Ini

Pemimpin BN Perak jangan ambil mudah

“Pemimpin BN Perak jangan ambil mudah.

Demikian tegas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menggesa supaya pemimpin parti itu supaya tidak leka dengan kedudukan BN sekarang kerana sejarah pilihanraya umum lalu mungkin berulang sekiranya perkara itu masih diamalkan.

Jelasnya, ahli parti itu perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada PRU 12 dengan memperkasakan barisan hadapan BN negeri selain kerja keras dalam memastikan mereka terus kukuh untuk menempuh pilihanraya umum akan datang.

“Jangan kita terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang…. jangan kita ambil mudah dengan kelemahan parti pembangkang…. sebaliknya kita perlu mempersiapkan diri untuk menjadi sebuah parti yang lebih kuat… yang lebih kukuh sebelum bertarung dalam Pilihanraya Umum ke 13.

“Pemimpin BN perlu bergerak dalam satu landasan…. dan dengan asas perpaduan yang kita amalkan sejak dahulu lagi… saya yakin Perak tidak lagi akan jatuh ke tangan pembangkang.

Tambah Zambry lagi, BN adalah satu-satunya parti yang berpegang teguh konsep perpaduan dan harmoni sesama kaum.

Katanya, kenyataan Pakatan Rakyat yang menyatakan wujudnya BN di negara ini langsung tidak memberi impak kepada negara merupakan satu dakwaan yang tidak berasas.

Sebaliknya tegas Zambry, Pakatan Rakyat sendiri telah meniru sistem demokrasi dalam parti yang diamalkan BN dengan menggabungkan parti Pas, Dap dan PKR.

“Mereka kata kita tidak memberi impak kepada rakyat…. tapi mereka menciplak konsep yang kita amalkan….. tapi jelas apa yang mereka cuba lakukan itu tidak berjaya kerana hanya BN yang mampu mengamalkan perpaduan dalam berpolitik.

“Kita boleh lihat konflik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat….. sedangkan masalah  yang berlaku dalam parti pun mereka tidak mampu atasi bagaimana pula masalah negara yang melibatkan jutaan rakyat.

Zambry memberitahu, dalam usaha memperkasakan parti itu di Perak, pendekatan ‘4A’ perlu diberi keutamaan iaitu ‘adapt’, ‘accept’, ‘avoid’ dan ‘adjust’.

Katanya, melalui pendekatan tersebut ahli BN digesa untuk mengamalkan pemikiran positif dengan menerima kelemahan masing-masing dan mencari jalan mengatasinya bagi memastikan parti itu terus berani berhadapan dengan cabaran politik akan datang.

“Pendekatan ‘4A’ itu… iaitu adapt dimana ahli BN perlu sentiasa mengakui realiti politik baru yang diamalkan sekarang… accept pula ahli BN perlu menerima hakikat bahawa suasana politik kini telah berubah… jadi ahli BN perlu avoid kelemahan yang menghalang parti untuk menjadi lebih kukuh dengan membuat adjust atau penambahbaikkan dalam setiap kelemahan yang ada.

Justeru tambah beliau, sekiranya kesemua pendekatan ini diamalkan ahli BN maka parti itu akan terus kukuh selain mendapat sokongan rakyat yang lebih jitu.

Zambry juga yakin dengan sokongan dan kekuatan BN, parti itu bukan sahaja mampu menentang Pakatan Rakyat malah akan menumpaskan pembangkang di negeri itu.

“Pembangkang ni pun bukan kuat sangat pun…. tapi sebab kita lalai maka kita mengalami kekalahan tipis.

“Pertarungan ini bukan berlandaskan kekuatan pihak lawan  sebaliknya ia berdasarkan kelemahan kita sendiri….. jadi adalah menjadi keutamaan kita untuk mengenalpasti dan mengatasi kelemahan itu.” katanya ketika berucap di konvensyen tersebut hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");