Perak Hari Ini

Pendekatan baru perlu bagi perkukuh Barisan Nasional di Perak

Pemimpin BN perlu mengamalkan pendekatan 4A iaitu “Adapt”, “Accept”, “Avoid” dan “Alter” untuk memastikan kejayaan parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, barisan pemimpin dan ahli BN perlu menerima secara realiti situasi dan lanskap politik hari ini sudah berubah.

“Situasi dan keadaan itu tidak sama seperti dahulu. Jadi kita harus menerima kelemahan kita dan membetulkan mana yang perlu bagi mengelak kelemahan sama itu berulang.

“Jadi, pendekatan 4A itu perlu diguna pakai sebagai panduan kepada barisan pemimpin BN untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

Zambry berkata, sebagai sebuah parti politik yang dinamik, BN tidak boleh statik dan perlu secara berterusan melakukan perubahan untuk memenuhi kehendak semasa.

“Perubahan perlu dibuat termasuk bersedia menghadapi peperangan maya menerusi pendekatan yang berbeza. Kita perlu ada perancangan dan strategi yang baik untuk menangani cabaran yang dihadapi.

“Umpama persediaan untuk berperang, kita perlu tahu siapa lawan kita dan bagaimana untuk menangani musuh kita. Ciri-ciri ini perlu ada dan jika tidak, sukar untuk kita menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");