Perak Hari Ini

Perak belum boleh dabik dada

PERAK belum cukup mantap! Itu rumusan pengurus Seladang, Khairul Azwan Harun selepas menyaksikan anak buahnya mengharungi lapan perlawanan Liga-M, Liga Super dan Piala FA setakat ini.

Walaupun belum tewas termasuk terbaru membenam Sime Darby FC 3-0 di Ipoh, malam kelmarin untuk mara ke suku akhir kejohanan kalah mati berprestij itu, hakikatnya skuad kendalian Norizan Bakar masih banyak kekurangan.

Justeru Khairul Azwan yang juga bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata banyak yang perlu dilakukan skuad Kejor Yob Kejor jika ingin menjadi pencabar dalam Liga-M, musim ini.

“Belum mantap lagi. Masih ada kepincangan. Saya berharap akan berlaku peningkatan dalam setiap perlawanan. Yang pasti pemain perlu bekerja keras untuk mencapai tahap kesempurnaan itu,” katanya.

Pengurus Perak itu berkata, keupayaan pasukan belum seimbang kerana kemampuan pemain simpanan dengan pemain utama tidak sama dan wujud jurang agak besar dan ia agak terserlah ketika bertemu Harimau Muda A Selasa lalu dan Sime Darby kelmarin apabila Perak kehilangan Mohd Khairi Zainuddin dan Mohd Hisyamudin Sha’ari kerana penggantungan dan kecederaan.

Namun dia lega dengan perkembangan barisan depan yang menjaringkan tujuh gol dalam dua saingan Piala FA setakat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");