Perak Hari Ini

Perak, Lampung majukan sektor ekonomi

Kerajaan negeri akan menjalinkan kerjasama dengan wilayah Lampung di Indonesia bagi memajukan sektor ekonomi dan pertanian di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan kerajaan meningkatkan kerjasama Malaysia, Indonesia dan Thailand (IMT-GT).

Katanya, pihak pemerintah Lampung telah membuat perakuan untuk sama-sama mencari ruang bagi membangunkan dan mendapatkan manfaat ekonomi kedua-dua wilayah itu.

“Saya mendapati Lampung mempunyai kawasan yang strategik terutama dalam hal ehwal eksport hasil-hasil pertanian dan pembangunan di kawasan itu.

“Kita mempunyai potensi daripada hubungan itu kerana Lampung mempunyai kawasan yang luas dan penduduk hampir 8 juta orang,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini.

Zambry menambah, Perak dan Lampung umpama satu keluarga.

Lampung terletak di hujung Sumatera Selatan berhampiran Pulau Jaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");