Perak Hari Ini

Perakini.com.my sedia maklumat dan peluang dalam bidang keusahawanan

Portal Perakini dibangunkan kerajaan negeri khusus bagi membantu usahawan atau bakal usahawan mencari maklumat berkaitan sumber pembiayaan, peluang perniagaan, latihan dan maklumat berkaitan bidang keusahawanan di Perak.

Ia menyediakan maklumat berkaitan sumber pembiayaan perniagaan yang ditawarkan agensi dan bank merangkumi pelbagai jenis perniagaan dan perusahaan seperti MARA, TEKUN, SMECorp, MITI, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Majlis Penggalakan Ekonomi Belia(MPEB), Amanah Ikhtiar Malaysia, Baitulmal, Bank Rakyat, Agro Bank, SME Bank dan Bank Simpanan Nasional.

Portal Pembangunan Usahawan negeri Perak ini yang dibangunkan khas di bawah portfolio Exco Pembangunan Usahawan, Datuk Hamidah Osman.

Selain itu, Perakini turut mempunyai laman Facebook, Twitter dan Flickr untuk menyebarkan maklumat serta gambar-gambar berkaitan program usahawan dan berita semasa yang berlaku di negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.

Perakini juga dibangunkan dengan tujuan menggalakkan  para usahawan, bakal usahawan, pelajar dan orang awam mengaplikasikan teknologi ICT untuk mencari maklumat, memulakan perniagaan, memajukan dan mengembangkan perniagaan serta memperluaskan rangkaian perniagaan sedia ada.

Perakini juga diharap menjadi pilihan untuk generasi muda mencari peluang-peluang baru dalam dunia keusahawanan bagi membina kerjaya sendiri, sekaligus menggalakkan mereka tidak terlalu bergantung kepada peluang pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta sebaliknya lebih senang untuk bekerja sendiri.

Generasi usahawan ‘celik ICT’ mampu pergi lebih jauh untuk membina empayar perniagaan sekaligus menambah bilangan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Ia bertepatan dengan motto Perakkini iatu Jadikan Keusahawanan Asas Kerajya dan Sumber Kejayaan dan Inovasi Merealisasikan Transfromasi.

Orang ramai terutamanya usahawan atau bakal usahawan boleh melayari laman web perakini.com.my bagi mendapat maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dalam membangunkan bidang keusahawanan tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");