Berita Hari Ini

Peralihan kuasa di Sarawak

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sudah mempunyai persefahaman bersama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa peralihan kuasa di negeri ini perlu berlaku secara tersusun.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, Abdul Taib memerlukan sedikit masa untuk menentukan bakal penggantinya sebagai Ketua Menteri.

Katanya, apa yang lebih penting adalah peralihan kuasa berkenaan tidak akan menjejaskan kestabilan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Jadi sebab itulah Pehin Sri (Abdul Taib) mengetuai jentera BN pada pilihan raya kali ini.

“Apabila sampai masa yang paling sesuai untuk berundur, Pehin Sri akan memaklumkan kepada saya,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdul Taib dan semua presiden parti komponen BN Sarawak.

Sementara itu, sewaktu berucap pada majlis perasmian program Sejiwa Senada di pekan Serian pagi ini, Perdana Menteri memberi ingatan tegas kepada semua pihak dalam BN supaya tidak membuat desakan dalam isu pengunduran Abdul Taib.

“Ikutlah tradisi yang baik dalam negara kita, yang penting peralihan kuasa yang tertib dan tersusun supaya kepimpinan baru yang mengambil alih alih nanti boleh membawa Sarawak kepada keadaan lebih baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");