Perak Hari Ini

Perkumpulan Wanita (WI) disaran utamakan ibu tunggal dan dekati golongan remaja

Perkumpulan Wanita (WI) disaran mengutamakan ibu tunggal yang memerlukan perhatian serta  melaksanakan program mendekati rakyat bagi memperkukuh perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata WI juga tidak seharusnya dianggap untuk wanita berumur atau kelas kedua sahaja.

“Selain ibu tunggal, perkumpulan ini juga perlu mendekatkan diri dengan golongan remaja kerana ia sudah diasaskan begitu lama dan sudah sebati dalam jiwa ramai wanita, iaitu sebelum wujudnya badan-badan bukan kerajaan (NGOS) yang lain.

“Pembabitan wanita jangan hanya dilihat sekadar melakukan kerja dapur, tetapi lebih penting kerana hari ini ramai di kalangan mereka yang mampu memegang jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Perempuan (WI) cawangan Selama, dekat Selama, semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Perkumpulan Perempuan Daerah Larut, Matang dan Selama, Sapiah Yunus dan Pengerusi Perkumpulan Selama, Radziah  Abu Bakar.

Beliau berkata, jika ramai remaja turut sama menyertai perkumpulan itu, sudah pasti ia akan lebih kuat dan mampu bergerak aktif terutamanya dalam kegiatan kemasyarakatan.

Ini kerana katanya, wanita lebih mudah mendekati remaja, sekaligus dapat mendorong atau membantu anak-anak muda melaksanakan kegiatan yang berfaedah.

“Saya juga berharap WI akan terus menjalankan program mendekati rakyat kerana ia mampu memperkukuhkan silaturrahim dan perpaduan kaum.

“Selain itu, kedudukan kewangan yang terhad tidak bermakna perkumpulan ini tidak boleh melaksanakan program yang mengutamakan ibu tunggal yang begitu memerlukan bantuan dari segi perhatian dan kebajikan,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");