Perak Hari Ini

Persidangan DUN Perak ditunda ke 12 April

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker DUN, Datuk R Ganeson, hari ini.

Beliau berkata, notis mengenainya akan dihantar hari ini kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terbabit.

Notis mesyuarat pada 5 April itu dikeluarkan minggu lalu.

“Saya memutuskan persidangan kali ini dilewatkan tujuh hari dari tarikh asal,” katanya.

Ganeson, bagaimanapun, tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan itu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");