Perak Hari Ini

Polis Perak Guna Khidmat FRU Di Balai Polis Bagi Cegah Jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak akan mengunakan khidmat Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa balai polis di bandar raya ini bagi mengawal dan mencegah aktiviti jenayah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata lima buah balai telah dikenal pasti mempunyai kes jenayah yang agak tinggi iaitu Balai Ipoh, Bercham, Sungai Senam, Sungai Rapat dan Pekan Baru.

Sepuluh anggota FRU akan ditempatkan di balai polis berkenaan bagi membantu anggota di balai terbabit menangani kes-kes jenayah seperti ragut, samun dan rompak, katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini pada Khamis.

Shukri berkata sejak anggota FRU ditempatkan di balai terbabit bulan lepas, kes-kes jenayah didapati banyak berkurangan.

“Kita tidak meletakkan anggota FRU itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya jika keadaan jenayah dapat dikawal dan menurun, anggota FRU akan kembali bertugas di tempat mereka,” katanya.

Selain itu, PDRM juga telah melantik Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai anak angkat sebagai langkah bagi mengerakkan usaha dan komitmen setiap anggota masyarakat dalam membantu pihak polis menangani jenayah.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");