Perak Hari Ini

Pondok tol Simpang Pulai perlu ditambah

BERATUR panjang hingga ke susur keluar Tol Simpang Pulai, Perak. Begitulah senario dilalui pengguna yang membayar wang tunai setiap kali melalui Tol Simpang Pulai untuk ke Bandar Raya Ipoh. Dua pondok tol sedia ada dilihat tidak mampu menampung kapasiti pengguna yang bertambah terutama ketika musim perayaan.

Sistem pondok tol berlapis dilihat tidak sistematik seperti yang biasa dilihat di Kuala Lumpur. Pondok tol berlapis terlalu berdekatan dengan dua tempat membayar tol tadi hingga menyebabkan kenderaan masih perlu beratur walaupun sudah membuat bayaran.

Keadaan lebih tidak adil apabila juru tol meminta dua kenderaan ke tol berlapis hadapan manakala kenderaan ketiga membuat bayaran di tol sedia ada. Kenderaan yang berbaris pada kedudukan kedua akan lewat membuat bayaran berbanding kenderaan kedua tadi. Ia seolah-olah memotong barisan.

Jurutol turut dilihat tidak menggunakan pertimbangan dan budi bicara untuk menerima tiket dan bayaran bagi kenderaan kedua yang enggan ke tol berlapis hadapan khususnya ketika kenderaan pertama masih membuat bayaran di pondok tol berlapis hadapan.

Pihak Lebuh Raya Utara-Selatan perlu memikirkan keselesaan pengguna termasuk memastikan semua urusan pembayaran dibuat mengikut giliran.

Sistem tol berlapis di Kuala Lumpur amat sesuai digunakan dengan menutup tol di plaza utama dan kenderaan dihalakan ke beberapa tol berlapis yang dipilih pengguna.
Untuk kebaikan semua, ruangan di Tol Simpang Pulai perlu segera dibesarkan dan dinaik taraf kerana ia kini menjadi laluan utama pengguna untuk ke Bandaraya Ipoh. Saya berpendapat tindakan proaktif dan segera perlu diambil bagi menyelesaikan perkara ini.

AHMAD FIRDAUS,
Tanjong Malim, Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");