Perak Hari Ini

Projek Perparitan Atasi Masalah Banjir Kilat Di Ipoh

Masalah banjir kilat akibat hujan lebat yang sering melanda kawasan Simpang Pulai dan sekitarnya akan dapat diatasi sepenuhnya apabila kerja menaiktaraf sistem perparitan dan longkang serta pembinaan longkang monsun fasa kedua siap tahun depan.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan yang akan dimulakan tidak lama lagi.

“MBI kini menjalankan kajian terperinci bagi membina longkang monsun fasa kedua dan kerja-kerja itu akan dimulakan tahun ini juga,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Masalah banjir kilat di kawasan berkenaan dikatakan berpunca daripada pembangunan pesat sejak beberapa tahun lepas yang menyebabkan sistem perparitan dan longkang sedia ada tidak dapat menampung perkembangan itu.

“Saya mahu semua kerja ini siap mengikut jadual yang ditetapkan…kawasan Simpang Pulai kini berwajah baru kerana pembangunan yang pesat selain pertambahan penduduk di beberapa taman yang terletak di situ,” katanya.

Sementara itu, Roshidi berkata MBI dan Jabatan Veterinar Negeri menjalankan operasi menangkap anjing liar dua kali sebulan bermula tahun ini dan sehingga kini lebih 50 anjing liar ditangkap.

“Saya minta semua pemilik anjing mendapatkan lesen yang sah serta suntikan vaksin bagi melindungi haiwan peliharaan mereka daripada jangkitan penyakit,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");