Perak Hari Ini

Rakyat harus bersyukur tinggal di Malaysia yang stabil, aman dan sejahtera

Rakyat Malaysia harus bersyukur dan berasa bangga kerana dapat tinggal di sebuah negara yang stabil, aman dan sejahtera.

Suasana ini amat dicemburi oleh rakyat negara lain dan adalah tidak adil untuk mana-mana pihak berkempen memburuk-burukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata tindakan yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan ramai pembantu rumah dari negara jiran bimbang untuk bekerja di Malaysia.

“Saya berharap keadaan yang tidak betul ini dapat segera diperjelaskan melalui penerangan menggunakan media dan saluran-saluran tertentu agar rakyat negara jiran tidak dikelirukan dengan keadaan yang sebenar,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pendidikan dan Khidmat Sosial PPKS- 1 anjuran bersama Desa Siswa 4, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Petronita serta JKKK Kampung Batu 20, pagi tadi.

Turut hadir, Pegawai Pengurus Pelajar Antarabangsa UTP; Saiful Nizam Abu Zarim, Penghulu Mukim Batu Kurau; Tajuddin Ismail, Naib Ketua UMNO Bahagian Larut; Fauzi Kassim, Ketua Kampung Batu 20; Mohd Isa Harun dan Ketua Kampung Padang Das; Musa Ibrahim.

Pelbagai aktiviti diatur untuk pelajar sepanjang tempoh empat hari mereka tinggal bersama keluarga angkat dan program terbabit disertai 20 peserta yang kebanyakannya berasal dari luar negara.

Sementara itu, Raja Ahmad Zainuddin menegaskan adalah amat menyedihkan jika kempen memburukan itu didalangi oleh rakyat negara ini sendiri dan ia tidak seharusnya berpanjangan.

Ramai rakyat tempatan tambahnya, mengeluh kerana gagal mendapatkan khdimat pembantu rumah dari negara jiran yang melahirkan rasa bimbang untuk bekerja di negara ini.

“Melalui program seperti ini, saya berharap ia bukan sahaja dapat menggeratkan silaturrahim antara Malaysia dengan negara asing tetapi juga membuka minda dan mata rakyat asing untuk menilai sendiri keadaan hidup masyarakat majmuk di negara ini yang tinggal dalam keadaan sejahtera.

“Sekalipun Malaysia sebuah negara Islam, tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan kebebasan rakyatnya mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing.

“Rakyat negara ini mampu maju dan melangkah jauh ke hadapan jika mereka juga bersedia berhijrah dari keadaan dan suasana fikiran yang sempit kepada pencapaian yang lebih maksima dan sedia bersaing,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");