Perak Hari Ini

RM1.5 juta lagi disalurkan untuk masyarakat orang asli di Tapah.

Masyarakat orang asli di Kampung Sungai Lah,Tapah, Perak kini boleh tersenyum lega apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM 1.5 juta khas untuk saluran bekalan sumber air di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata dengan adanya peruntukan tersebut penduduk kampung tersebut dapat meneruskan kehidupan seharian dengan lebih selesa.

Bagaimanapun jelas beliau, proses pemasangan saluran atau paip air ke kawasan kampung itu mungkin memerlukan tempoh masa yang lebih panjang.

Katanya, ini kerana kerja-kerja pemasangan saluran berkenaan akan dilaksanakan di kawasan tanah milik persendirian dimana kerajaan perlu mengadakan beberapa siri perbincangan sebelum melaksanakan bantuan tersebut.

“Peruntukan telah pun diluluskan, saya minta masyarakat di sini bersabar sedikit kerana kerja-kerja pemasangan paip itu perlu diadakan di kawasan tanah persendirian.

“Kita tidak mahu ada isu pengambilan tanah berlaku jadi kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan saluran air itu dilaksanakan dengan segera.

Dalam pada itu menurut Zambry, kerajaan negeri juga telah meluluskankan peruntukan sebanyak RM30 ribu bagi membina semula jambatan konkrit yang menjadi penghubung kampung berkenaan ke kawasan sekitar.

Jelasnya, disebabkan jambatan itu telah runtuh akibat tanah runtuh dan hakisan, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk memberikan bantuan bagi membina sebuah jambatan baru.

“Selain itu, kita juga akan memperuntukkan RM50 ribu bagi kerja-kerja pembinaan jalan tar di sepanjang jalan masuk ke kampung ini iaitu kira-kira 600 m.

Menurut Zambry, kesemua bantuan yang diberikan itu merupakan antara usaha keras kerajaan negeri dalam membantu rakyat negeri Perak termasuk masyarakat orang asli.

Beliau menambah, kerajaan negeri akan sentiasa memantau keperluan rakyat Perak melalui beberapa pendekatan dan program turun padang yang dilaksanakan.

“Inilah kebaikan program turun padang yang kita laksanakan… kerajaan negeri bukan sahaja dapat memantau malah mendengar segala permasalahan rakyat secara terus dan dapat diselesaikan dengan kadar segera,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Lah, Tapah petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");