Perak Hari Ini

Semua Mangsa Banjir Di Kerian Dibenar Pulang

Semua mangsa banjir di daerah Kerian yang ditempat di pusat pemindahan sejak 21 Mac lepas telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata kesemua mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dari 10.30 pagi hingga 2 petang tadi selepas keadaan di kampung mereka pulih seperti biasa pada Selasa.

Dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan SK Alor Pongsu juga ditutup hari ini, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebanyak 11 kampung telah ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga satu meter ketika dilanda banjir ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat sejak 21 Mac.

Mat Fauzi berkata walaupun keadaan pulih seperti biasa, pihak berkuasa masih dalam keadaan bersiap sedia sekiranya banjir berulang.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");