Perak Hari Ini

Semua pihak di Perak disaran perbanyakkan pembabitan dalam program kebajikan

Yang DiPertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, selain menunaikan tanggungjawab sosial, bantuan yang diberi itu mampu meringankan beban golongan yang memerlukan terutama penduduk miskin dan anak-anak yatim.

“Kita menggalakkan semua pihak termasuk NGO khususnya sentiasa bergiat aktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan menerusi setiap program yang diadakan mereka.

“Menerusi program seumpama itu ia secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan yang memerlukan untuk hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan merasa diri mereka dihargai,” katanya.

Katanya, Baiduri sentiasa prihatin dengan program seumpama itu dan sedia bekerjasama dalam menjayakannya pada bila-bila masa.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang prihatin, Baiduri sentiasa peka dengan setiap permasalahan rakyat dan memberi segala bantuan dan khidmat nasihat jika diperlukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");