Perak Hari Ini

Sindiket dipercayai tebang pokok gaharu di Hutan Simpan Bukit Larut

Sekumpulan warga asing yang dipercayai bekerja dengan satu sindiket menjalankan kegiatan menebang pokok kayu gaharu yang tumbuh liar dalam Hutan Simpan Bukit Larut, dekat Taiping beberapa bulan lalu.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rosli, berkata beliau sering terserempak dengan sekumpulan kira-kira 10 warga asing sedang menebang pokok kayu gaharu dan mereka akan melarikan diri dan meninggalkan kayu gaharu yang sudah ditebang sebaik melibat kelibatnya.

Katanya, hasil tinjauannya mendapati, banyak kayu gaharu yang sudah matang ditebang dan dipotong dipercayai untuk dibawa keluar serta dijual kepada pembeli yang dipercayai dalang sindiket berkenaan.

Rosli berkata, beliau juga menemui banyak perdu pokok kayu gaharu yang menunjukkan kesan pokok baru ditebang dalam hutan simpan itu.

“Saya percaya pencerobohan ini dilakukan sejak tahun lalu dengan beratus-ratus pokok gaharu yang menjadi khazanah hutan simpan itu bernilai ribuan ringgit sudah ditebang sindiket berkenaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Rosli berkata, teras pokok kayu gaharu adalah bahan berharga untuk campuran membuat minyak wangi, ubat anti barah dan bahan lain, dieksport ke luar negara yang ada mengusahakan produk minyak wangi.

Beliau berkata, warga asing terbabit dipercayai tinggal di rumah kedai sekitar Kamunting dan Taiping.

Katanya, jika kegiatan itu tidak dibanteras, beliau percaya kerajaan bukan sahaja kerugian berjuta ringgit tetapi juga tidak mustahil kayu gaharu di sekitar hutan simpan Bukit Larut akan musnah dan pupus.

“Saya berharap pihak berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan menyiasat perkara ini dan mengambil terhadap kegiatan kegiatan penebangan ini,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");