Berita Hari Ini

Skim Pertamaku Hanya Untuk Pekerja Swasta – Awang Adek

Skim ‘Rumah Pertamaku’ bagi membantu golongan muda berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah pertama adalah khusus untuk pekerja swasta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata penjawat awam tidak layak memohon kerana mereka mempunyai kemudahan pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan.

“Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada 8 Mac lalu adalah bagi membolehkan pekerja swasta yang berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman tersebut dengan tempoh maksimum pembiayaan selama 30 tahun,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis. Awang Adek berkata pembeli yang layak boleh memohon pinjaman menerusi 25 buah bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah yang berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut menawarkan 100 peratus pembiayaan oleh bank komersil untuk mereka yang berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan, katanya.

Kepada pertanyaan Datuk Idris Harun (BN-Tangga Batu), Awang Adek memaklumkan ia mula dilaksanakan pada 8 Mac lalu. -BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");