Perak Hari Ini

Syor pihak berkuasa pantau jalan raya berbukit Timur Barat antara Grik-Jeli

SABAN hari kita mendengar dan membaca mengenai kes kemalangan mengakibatkan kehilangan nyawa. Pelbagai kempen dan operasi dijalankan oleh pihak berkuasa, namun ia masih tidak memberi kesan sepenuhnya.

Saya ingin menceritakan pengalaman saya melalui jalan raya Timur Barat antara Grik, Perak ke Jeli, Kelantan pada musim cuti persekolahan ini. Seperti yang kita ketahui, jalan raya ini adalah jalan raya yang penuh dengan pendakian dan penurunan, selekoh tajam, jalan sempit serta permukaan jalan berlubang-lubang.

Pada hari saya melalui jalan raya ini, saya berselisih dengan dua kenderaan bomba dan sebuah ambulans dalam keadaan kecemasan menuju ke lokasi kemalangan dan esoknya terbentang pada dada akhbar mengenai kemalangan itu.

Rujuk saja di akhbar Berita Harian 12 Mac 2011. Lapan maut nahas dalam 24 jam. Nahas berlaku di jalan raya dan amat mendukacitakan kita. Namun kita juga tidak pasti apakah punca tragedi berkenaan.

Apa yang boleh saya kongsi di sini tiada pemantauan di jalan raya ini. Pemandu degil terus memotong di garisan kembar sedangkan kawasan untuk memotong disediakan, sedang pemandu berhemah bersabar beratur untuk memotong kenderaan berat di hadapan, tetapi pemandu degil ini tanpa segan silu dan tanpa berfikir terus menunjukkan lagaknya.

Saya berharap pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus meningkatkan lagi pemantauan terhadap pengguna jalan raya ini terutama di kawasan bahagian puncak bukit di jalan ini.

Pemasangan kamera bagi memantau garisan berkembar dicerobohi pemandu degil ini amat dialu-alukan. Bagi pihak Jabatan Kerjaraya, sila juga buat rondaan dan atasi segera jalan rosak dan berlubang kerana masalah permukaan jalan juga turut mengakibat kes kemalangan.

RODIAH MAZLAN,
Ipoh, Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");