Perak Hari Ini

Terminal Bas Tiga Tingkat di Meru Raya dijangka siap tahun depan

27 % dari keseluruhan Terminal Bas Tiga Tingkat di kawasan Meru Raya, Ipoh telah disiapkan dimana aras pertama bangunan tersebut telah mula dibangunkan.

Pengarah Urusan Perak Transit Berhad dan The Combined Bus Services Sdn Bhd, Cheong Kong Fit memberitahu setakat ini projek pembinaan terminal berkenaan berjalan lancar dan pihaknya menjangkakan akan selesai menjelang pertengahan tahun depan.

Katanya, pembinaan terminal terbabit yang telah dimulakan sejak Mei 2010 itu memakan kos kira-kira RM 38 juta.

Cheong ditemui di Majlis MoU antara syarikatnya bersama Bank Muamalat di Ipoh petang tadi.

Dalam erjanjian tersebut, menurut beliau, pihak bank berkenaan telah meluluskan pembiayaan bagi tujuan pembinaan Terminal Bas berkenaan selain untuk pembelian bas-bas baru.

“Kami amat bersyukur dengan kerjasama yang diberikan Bank Muamalat dan berjanji akan sedaya upaya berusaha supaya terminal bas ini dapat disiapkan dengan lebih awal.

Justeru tegas beliau, rakyat Perak perlu merebut peluang dengan menggunakan perkhidmatan terbaik yang bakal disiapkan kelak.

Tambah Cheong lagi, melalui pembinaan terminal terbabit lebih 1,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang disediakan kepada rakyat negeri itu.

Katanya lagi, The Combine Bus Services yang mempunyai 18 syarikat perkhidmatan bas dimana 10 daripadanya adalah milik Bumiputra rata-rata mempunyai misi yang sama dalam usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Perak.

Jelas beliau, antara langkah yang diambil bagi tujuan berkenaan termasuklah dengan menggantikan bas lama kepada bas baru dimana ia lengkap dengan penghawa dingin.

Selain itu menurut Cheong, Mesin Pengutip Wang dan Mesin Pembayaran menggunakan kad akan digunakan bagi menyelesaikan masalah sumber tenaga seperti penggunaan konduktor bas.

“Kita bukan sahaja akan memastikan terminal ini beroperasi dengan lebih sistematik malah setiap bas akan dilengkapi dengan CCTV dan GPS.

“Jadi kita harap dengan pembinaan terminal serta perkhidmatan bas ini ia dapat member kesenangan kepada rakyat dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi pendapatan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");