Perak Hari Ini

Tiada unsur pilih kasih dalam soal membantu rakyat : Zambry

Kerajaan Perak tidak mengamalkan prinsip pilih kasih dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberitahu kerajaan negeri sentiasa mengambil serius untuk membantu rakyat tanpa mengira perbezaan kaum atau agama mahupun ideologi politik.

“Kita tidak mahu ada unsur pilih kasih dalam membantu rakyat… apabila kita menyelesaikan masalah rakyat…. kita akan mengambil kira langkah segera yang boleh mengatasi masalah tersebut.

“Jadi saya tidak mahu ada pihak-pihak yang cuba mencipta agenda politik murahan dengan mengatakan kerajaan negeri dibawah pimpinan saya mengamalkan dasar pilih bulu… itu adalah tidak benar sama sekali.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan melalui Program Klinik Dr. Zambry ia jelas menunjukkan kami mengambil serius dalam hal ini.

Jelas beliau lagi, sudah menjadi kelaziman bagi kepimpinan kerajaan negeri untuk turun ke bawah bertemu rakyat bagi mendengar dan sekaligus menyelesaikan masalah penduduk negeri berkenaan.

Malah katanya, melalui konsep turun padang itu, beliau bersama-sama barisan anggota exco kerjaaan negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan akan turut serta mendengar luahan rakyat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih cepat.

Beliau yang ditemui selepas mengadakan Program Klinik Dr. Zambry di Ipoh sempena ulang tahun program ‘Deme Tanya Pak Ngah Jawab’ menambah sebanyak 200 aduan yang membabitkan pelbagai masalah rakyat telah didaftarkan dan berjaya diselesaikan pada hari ini.

“Kebanyakkan isu yang dibawa membabitkan masalah infrastruktur, masalah air dan kebajikan rakyat dan apa yang membanggakan ia dapat diselesaikan segera kerana adanya interaksi di antara ketua-ketua jabatan dengan rakyat.

Dalam pada itu tambah Zambry, menerusi Program Dema Tanye Pak Ngah Jawab juga telah memberi kesan kepada usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat Perak.

Katanya, program yang disiarkan melalui station radio Perak FM itu banyak menyelesaikan masalah rakyat dimana ia telah menjadi saluran pengantara antara rakyat dengan kerajaan negeri.

“Tidak dapat dinafikan melalui program ini wujud interaksi di antara rakyat dengan pemimpin negeri dan ia banyak memberi impak kepada kehidupan rakyat di seluruh negeri Perak.” katanya kepada pemberita hari ini.

Sepanjang dua tahun program itu dilaksanakan katanya, setakat ini kerajaan negeri menerima sokongan baik daripada rakyat pelbagai peringkat dan kaum.

Apa yang diharapkan kini jelas Zambry, program terbabit bukan sahaja akan terus dilaksanakan malah turut mendapat perhatian dari rakyat bukan melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");