Perak Hari Ini

Timbalan Speaker DUN Perak nafi serang ADUN

Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe, dilihat dalam keadaan selesa dan bersuka ria sepanjang kekecohan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, 7 Mei 2009.

Timbalan Speaker DUN Perak, Datuk Hee Yit Foong, juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang perasaan marah terhadap Tian Hoe dan menafikan ada menyerang ADUN terbabit dengan semburan lada pada persidangan berkenaan.

Katanya, ini disebabkan ketika itu beliau sedang sibuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan daripada tempat duduknya selepas Speaker V Sivakumar dipecat daripada jawatannya.

“Saya cuma tanya `ini benda awak?’ sambil memegang alat itu (penyembur lada) dan tidak bersetuju ada semburan keluar daripada alat berkenaan,” katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi defendan dalam perbicaraan saman sivil oleh Tian Hoe terhadap Yit Foong yang juga ADUN Jelapang.

Pada 26 Jun 2009, Tian Hoe memfailkan saman mendakwa Yit Foong menyerangnya dengan semburan lada pada persidangan itu sehingga mendatangkan kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan kepadanya.

Tian Hoe juga memohon injuksi menghalang Yit Foong atau pekerja atau ejennya daripada melakukan salah guna, ancaman atau serangan terhadapnya dengan apa juga cara sekali pun, kerosakan teladan dan kos.

Yit Foong sebagai defendan diwakili Datuk Hafarizam Harun, Badrulhishah Abdul Wahab dan Nor Emelia Iszeham manakala Tian Hoe sebagai plaintif diwakili oleh Leong Cheok Keng dan Chiang Lek Choi.

Saksi kedua defendan, Pemangku Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Abdul Kursi Abdul Latiff, berkata reaksi spontan akibat semburan lada ialah menutup mata.

Pesuruhjaya Kehakiman Tarmizi Abdul Rahman menetapkan 11 Mei ini untuk membuat keputusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");