Perak Hari Ini

Tun Mahathir gesa melayu pertahankan bangsa

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang Melayu negara ini supaya terus mengekalkan perpaduan bangsanya selain mempertahankan hak bumiputra.

Tegas beliau, satu-satunya cara untuk memperkukuhkan bangsa Melayu hanyalah melalui perpaduan kaum dan bukanlah dengan menggunakan pelbagai helah hasutan kerana ia akhirnya akan memecahbelahkan bangsa sendiri.

Jelasnya, melayu akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah digugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri sekiranya mereka bersatu padu untuk mempertahankan bangsa.

“Apa yang lebih menyedihkan, orang melayu sendiri yang berusaha untuk memecahbelahkan bangsa melayu di negara ini.”

Dengan menjadikan apa yang berlaku pada zaman penjajahan Portugis dan Inggeris sebagai iktibar menurut Tun Mahathir ia berlaku kerana ketika itu orang melayu tidak bersatu padu.

“Mereka hanya menumpukan taat setia kepada raja dan negeri masing-masing, ini memudahkan penjajah mengambil kesempatan kerana melayu lemah dan berpecah-belah.” katanya ketika berucap di Perhimpunan Raksasa Peribumi Perkasa Negeri Perak di Pasir Salak.

Katanya lagi sekiranya melayu bersatu padu mempertahankan bangsa sendiri tidak akan ada pihak yang mampu mengugat kuasanya.

Tambah Tun Mahathir, saat penentangan Malayan Union adalah contoh terbaik yang menunjukkan kekuatan dan kesepaduan orang Melayu ketika itu.

“Walaupun kekurangan sumber kewangan, senjata dan golongan cerdik pandai dengan bersatu orang melayu mampu menjadi unit yang kuat untuk menghalang perkara tersebut.

Tambah Tun Dr Mahathir walaupun ketika itu melayu kuat, namun tidak sedikit pun menunjukkan sikap angkuh sebaliknya bersetuju memberikan hak kepada bangsa lain untuk tinggal di tanah bertuah ini.

Bangsa lain tidak perlu takut jika melayu menjadi bangsa yang kuat kerana sejarah telah menunjukan bahawa melayu tidak pernah melupakan bangsa lain dalam negera ini.

Ketika ditanya mengenai semangat orang Melayu sekarang, menurut Tun Mahathir, apa yang dilihat bangsa itu lebih keliru untuk memperjuangkan hak sendiri.

Jelas beliau, sepatutnya rakyat berbangsa Melayu harus tampil ke hadapan dan berusaha untuk menyatukan kaum itu dalam usaha untuk memastikan bangsa itu tidak ditindas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");