Perak Hari Ini

Undi pos di DUN Pangkor bukan isu

IPOH: Pembangkang sengaja menimbulkan isu kononnya berlaku pertambahan undi pos secara mendadak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan keresahan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, sebarang pertambahan atau pengurangan undi pos di DUN Pangkor bukan sesuatu menghairankan kerana di DUN berkenaan mempunyai Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbesar di Malaysia dan sering berlaku pergerakan anggota tentera yang besar pada sesuatu masa.
Sebagai contoh, katanya, pada beberapa pilihan raya umum lalu, undi pos di DUN Pangkor pernah mencecah sekitar 13,000 orang dan sebe-lum itu, ada sehingga 20,000 orang dan 15,000 orang.

“Kita perlu faham, Pangkalan TLDM Lumut adalah yang terbesar dan sebarang pengambilan baru anggota pasukan itu didaftarkan di sana, jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Kecuali jika mereka mendakwa ada pertambahan undi awam di Pulau Pangkor, contohnya daripada 6,000 orang kepada 20,000 orang, itu saya sendiri pun hairan dan boleh memeningkan kepala juga,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Chan Ming Kai, kelmarin, yang mendakwa berlaku pertambahan mendadak undi pos di DUN Pangkor dengan data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemaskini pada Disember lalu menunjukkan kebanjiran 5,669 pengundi pos baru di DUN berkenaan.

Ming Kai yang tidak memberikan data leng-kap dalam kenyataannya mendakwa, jumlah pengundi pos di DUN itu sekarang hampir setengah daripada 26,000 pengundi di situ.
Zambry berkata, tindakan terdesak pembangkang cuba memainkan isu itu sebenarnya mahu menyatakan kepada rakyat kononnya ia adalah taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa.

Katanya, sedangkan apa yang berlaku ialah pembangkang sendiri sedang sibuk memindahkan senarai pemilih di beberapa kawasan tertentu yang mereka anggap boleh menang di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");