Berita Hari Ini

Yang di-Pertuan Agong Lancar Buku Kegemilangan Raja-raja Melayu

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan menandatangani buku "Kegemilangan Raja-Raja Melayu" selepas melancarkannya di Kuala Lumpur pada Rabu. Buku setebal 409 muka surat diterbitkan dalam dua versi iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dijual pada harga RM450.00 senaskah di pasaran. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (kiri) dan Pengerusi Leone Communications Sdn Bhd, Datuk Zakaria Husain (tengah). fotoBERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan buku bertajuk “Kegemilangan Raja-Raja Melayu” yang mengisahkan sejarah Kesultanan Melayu di negara ini.

Buku setebal 409 muka surat itu yang diterbitkan oleh Leone Communications Sdn Bhd turut memaparkan salasilah ke semua sembilan Raja-Raja Melayu di negara ini.

Selain itu buku itu juga menceritakan latar belakang darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan.

Sementara itu, Pengerusi Leone Communications Datuk Zakaria Husain memberitahu pemberita, buku itu selain dijadikan bahan rujukan untuk universiti dan penyelidik, ia boleh digunakan sebagai cenderahati kerajaan kepada negara luar.

Sebanyak 10,000 naskhah akan dicetak dalam setahun, dan untuk permulaan pihaknya sudah mencetak kira-kira 200 buah buku yang dijual dengan harga RM450 senaskhah.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");