Perak Hari Ini

YBU, BAIDURI dan majalah Wanita anjur Bengkel Sayangi Diri Sayangi Keluarga 26 Mac

Orang ramai terutama kaum wanita di negeri ini dijemput untuk menyertai bengkel Sayangi Diri Sayangi Keluarga Bersama Wanita pada 26 Mac ini.

Bengkel anjuran majalah Wanita dengan kerjasama Badan Amal dan Usaha Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Perak (Baiduri) dan Yayasan Bina Upaya (YBU) Darul Ridzuan itu akan diadakan di Dewan Kediaman Menteri Besar pada hari berkenaan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bengkel selama sehari itu turut mendapat kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Jamu Mak Dara, Adabi, A-Lazo dan D’or Rue.

Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, bengkel tersebut adalah peluang kepada kaum wanita khususnya di negeri inidalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, kesihatan, psikologi dan kerohanian.

“Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya, wanita tidak seharusnya lupa menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.

“Menjadi tunggak utama dalam sesebuah institusi kekeluargaan, wanita memainkan peranan penting bagi memastikan suami serta anak-anak menjalani kehidupan sihat, gembira dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan cek berjumlah RM20,000 sumbangan Baiduri dan YBU kepada majalah Wanita di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarang Majalah Wanita, Normala Hamzah dan Ketua Unit Khidmat Komuniti YBU, Isfarina Mohd. Bali.

Sementara itu Normala berkata, mereka yang berminat untuk menyertai  bengkel  itu boleh menghubungi Iskandar Sani Melan di talian 013-3451945 atau majalah Wanita di talian 03-89262999 sambungan 456/ 471/ 472.

Katanya, penyertaan dibuka kepada umum dengan yuran penyertaan berjumlah RM200 setiap seorang.

Tambahnya, pelbagai acara diatur untuk bengkel tersebut antaranya, pertunjukan fesyen, demonstrasi penjagaan kecantikan dan ceramah kesihatan.

“Para peserta bengkel akan diberikan pendedahan menarik berkaitan keterampilan, kecantikan, kesihatan, kekeluargaan, keusahawanan dan perundangan,” katanya.

SUMBER : YBUDR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");