Perak Hari Ini

Zambry: Aktiviti pelaburan SADC akan dipelbagaikan

Kerajaan Perak akan mempelbagaikan aktiviti pelaburan dibawah kelolaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) bagi menjana pendapatan dalam sektor pertanian negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberitahu SADC selepas ini akan bergerak lebih agresif dengan kepelbagaian projek pertanian dimana ia sekaligus akan membantu untuk menjana keuntungan tinggi.

Katanya, antara projek pertanian yang dikenalpasti mempunyai peluang cerah untuk dibangunkan termasuk tanaman rock melon yang akan dilaksanakan dengan kepakaran teknologi tinggi.

Jelas Zambry, projek itu yang bakal dilaksana SADC dengan bantuan syarikat tempatan lain bakal menjadikan Perak sebagai pengeluar rock melon terbesar bagi pasaran dalam dan luar negara.

Menurut beliau lagi, setakat ini beberapa kawasan untuk melaksanakan projek berkenaan telah dikenalpasti ia termasuk di Kinta, Batu Gajah dan Tanjung Tualang.

Dalam pada itu, Zambry yang juga Pengerusi SADC turut mengumumkan pembukaan ladang baru bagi tananam getah sebagai usaha untuk menghentikan pengantungan kepada kelapa sawit.

“Kita juga akan membuka tiga lading getah lagi iaitu di Belukar Semang (644 hektar), Sungai Rui (946 hektar) dan Mukim Sungai Siput (341.7 hektar) ia sekaligus akan menjadikan SADC mempunyai 4 ladang getah dimana ladang terdahulu terletak di Air Ganda, Gerik.

Zambry menambah projek pelaburan baru tersebut diharap dapat memberi pulangan tinggi kepada SADC seterusnya meletakkan organisasi itu sebagai salah satu anak syarikat kerajaan negeri yang paling menguntungkan.

Selain itu katanya, SADC juga sedang meneliti hubungan kerjasama dengan sebuah syarikat perikanan yang berpengkalan di Norway dalam bidang alkuakultur.

Melalui perancangan projek berkenaan, bidang pelaburan perbadanan tersebut juga dikembangkan dari bidang pertanian kepada akuakultur iaitu menerusi aktiviti pemeliharaan ikan tilapia yang ada di Hulu Perak.

“Kita berharap projek akuakultur ini akan berjaya kerana ia sudah tentu akan membangunkan bidang tersebut di Perak.” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat SADC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");