Perak Hari Ini

19 agensi kerjasama banteras pencerobohan Hutan Belum

Sebanyak 19 agensi, jabatan dan pasukan sukarela yang diberi tugas menguatkuasa undang-undang merangka kerjasama bersepadu untuk membanteras pencerobohan khazanah alam dan ancaman terhadap hidupan liar di Hutan Simpan Royal Belum, Banding dekat Grik.

Pihak perkenaan membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah Grik, IPD Pengkalan Hulu serta IPD Larut Matang dan Selama di Perak, IPD Baling di Kedah dan IPD Jeli di Kelantan.

Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Perbadanan Taman Negeri Perak, Pasukan Gerakan Mari, RELA selian dibantu Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Persatuan Pemandu Pelancong Tasik Temenggor, Grik.

Ketua Polis Daerah Grik, Supt Abd Manab Bahrum, berkata kerjasama itu memberi tumpuan beberapa kawasan strategik seperti Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Grik-Jeli yang dijadikan lorong tikus bagi kegiatan haram itu.

“Pemeriksaan mengejut turut diadakan dari semasa ke semasa terutama di zon jeti dan di kawasan zon strategik termasuk di pangkalan haram.

“Rondaan dan sekatan jalan raya lebih kerap akan dilakukan bagi membanteras pemburu haiwan liar yang dikawal dan tangkapan ikan yang dilarang di tasik,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas, semalam.

Seramai 29 pegawai hadir pada mesyuarat khas Penguatkuasaan Mengenai Isu Royal Belum/Tasik Temenggor di IPD Grik bagi melaksanakan penguatkuasaan untuk undang-undang dan tindakan bersepadu berikutan banyak kes pencerobohan mencuri kayu gaharu dan menangkap haiwan liar di Royal Belum dan Tasik Temenggor hingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");