Kolumnis

BANGGANYA NIZAR SEBAB SAUDARA CHAUVINISTNYA MENANG DI SARAWAK

Di sana sini, Pakatan Rakyat sibuk mencanangkan mereka telah menang besar. Presiden PKR, Wan Azizah beranggapan kejayaan PKR menguasai tiga kerusi dan DAP pula menguasai 12 kerusi sebagai kemenangan besar ke atas Barisan Nasional. Sekalipun berbanding DAP, PKR telah bertanding di 49 kerusi dan hanya mampu menang 3 selain 6 lagi hilang wang deposit, Wan Azizah tidak mampu untuk menutup kelemahan diri yang diwarisi daripada suaminya, iaitu PENDUSTAAN!

Yang paling malang adalah PAS. PAS bertanding di lima kerusi dan PAS kalah kesemuanya. Pun begitu, PAS tidak kurang untuk bercakap besar. Kata PAS, mereka telah berjaya menyinarkan Islam di Sarawak sekalipun Islam telah terlebih lama wujud di Sarawak berbanding kewujudan PAS sendiri di Malaysia.

Suatu waktu, PAS hanya menang enam kerusi di Perak tetapi lagak mereka bagaikan si papa dapat harta karun terutama apabila si Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar setelah calon dari PKR tidak layak untuk jawatan tersebut. Calon dari PKR itu bagaimanapun melompat keluar menyebabkan Pakatan Rakyat ruyup di Perak.

Sebelum Nizar Jamaluddin dilantik oleh Paduka Seri Sultan Perak, DAP secara berterus-terang menentang perlantikan Nizar. DAP tidak mahu bermenteri besarkan PAS yang dianggapnya tidak layak sebaliknya ingin mencalonkan Ngeh Koo Ham sekalipun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tidak melayakkan Ngeh Koo Ham untuk jawatan tersebut.

Tentangan daripada DAP menyebabkan proses perlantikan Menteri Besar Perak tidak dapat dilakukan segera. Hanya setelah kompromi dan hanya setelah berlakunya Perjanjian Pangkor II, barulah Nizar Jamaluddin berjaya menjadi Menteri Besar. Malangnya, atas takdir Allah Taala, Nizar Jamaluddin akhirnya menjadi meroyan sehinggalah sekarang selepas tiga ADUN Pakatan melompat keluar!

Namun kemenangan DAP di Sarawak, tentu sekali menggembirakan Nizar Jamaluddin. Apatah lagi Perak merupakan negeri kedua di mana DAP berkubu kuat selepas Pulau Pinang. Terdapat banyak kerusi DUN dan Parlimen di Perak yang bermajoritikan masyarakat Cina. Dan apabila bermajoritikan masyarakat Cina, bermakna kemenangan DAP sudah ada dalam genggaman.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang sudah pun membuktikan kejayaan formula tersebut. Kegagalan MCA, MIC, GERAKAN dan PPP yang berterusan sampai sekarang, pastinya menambahkan lagi keyakinan Nizar Jamaluddin bahawa dia akan berjaya menjadi KELEDAI DAP sekali lagi.

Arus sokongan yang diperolehi oleh DAP di Sarawak, pastinya ditenung dengan penuh kegembiraan oleh Nizar Jamaluddin. Itu jugalah yang membawa Nizar Jamaluddin ke Sarawak untuk membantu DAP memperolehi sokongan masyarakat yang sama bangsa dengan pemimpin DAP di Perak.

Selepas PRN Sarawak, yang pastinya DAP akan memperhebatkan serangan mereka di seluruh Perak dengan bantuan Melayu-Melayu penjilat DAP terutama sekali Nizar Jamaluddin. Bantuan tidak sahaja untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu tetapi juga untuk mengekalkan undi masyarakat bukan Melayu seperti sekarang.

Perak akan dihuru-harakan dalam tempoh terdekat. Melayu-Cina-India akan dilaga-lagakan oleh DAP. DAP akan menggunakan formula kejayaan mereka di Sarawak terutama sekali untuk memperkecilkan dan menghina Melayu dengan pelbagai tuduhan termasuklah RASUAH, RASIS dan BODOH KERANA MEMILIH UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");