Perak Hari Ini

Bidang pendidikan di Perak bakal jadi pemangkin pembangunan

Kerajaan negeri berusaha menjadikan bidang pendidikan sebagai satu daripada pemangkin pembangunan menerusi kerjasama dua hala antara Perak dengan Wilayah Wenzhou di China.

Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn, berkata kewujudan lebih banyak institusi pengajian tinggi dan kolej di Perak membantu usaha kerajaan menarik lebih ramai pelajar dari luar negara termasuk China ke negeri ini.

“Saya dimaklumkan terdapat kira-kira lima juta pelajar pra-ijazah di China dan kebanyakan mereka berminat untuk memperluaskan penguasaan Bahasa Inggeris. Justeru, peluang itu perlu digunakan sebaik mungkin di kalangan universiti tempatan di Perak untuk menawarkan kursus bahasa berkenaan kepada mereka.

“Menerusi tawaran itu, kita mampu menarik lebih ramai di kalangan pelajar dari China untuk belajar di negeri ini. Ia selaras dengan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang ingin menjadikan Perak sebuah pusat perkembangan pendidikan yang terkenal di Malaysia,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan kunjungan hormat delegasi Wenzhou ke Ipoh mampu membantu Perak untuk mengembangkan jaringan perdagangan antara kedua-dua wilayah itu, sekaligus mengeratkan hubungan diplomatik antara keduanya.

“Kunjungan itu bertujuan meningkatkan taraf perdagangan selain membuka lebih banyak peluang pelaburan bagi keuntungan kedua-dua pihak dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya.

Sumber : Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");