Berita Hari Ini

‘Blogger’ mewakili suara rakyat Malaysia

Era ”kerajaan tahu semuanya” sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan para penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu dengan mengambil kira pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, ia dapat menjalinkan hubungan baik yang wujud antara kerajaan dan kumpulan penulis blog.

Jelas beliau, kerajaan tidak pernah gentar dengan kewujudan penulis blog sebaliknya menjadikan pandangan serta idea dari mereka sebagai input dalam proses penambahbaikan petadbiran negara.

Malah katanya, dengan hubungan itu kerajaan sekaligus akan mendapat input-input secara terus dari masyarakat pelbagai peringkat yang menjadikan blog sebagai saluran berkongsi pendapat.

“Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.

“Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita,” kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini hari ini.

Turut hadir penaung Blog House Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden Blog House Malaysia Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");